ZIYAD CARPET SPA
Mesin Cucian
Membersihkan Karpet Anda Dengan Teliti, Mengembalikan Keselesaan dan Kesegaran Tempat Anda.
“Servis cucian tooper tilam yang sangat memuaskan. Ia dibersihkan dengan teliti, hasilnya memang bersih, wangi dan nampak seperti baru. Staff berpengalaman, proses kemas dan siap ikut masa yang dijanjikan. Sangat disyorkan untuk sesiapa yang cari pusat cucian karpet terbaik.”

Syahizah Hari - Pelanggan
- Bersih 92%
- Kemas 91%
- Wangi / Harum 99%
Ziyad Carpet Spa menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam pembekalan mesin dan bahan cucian profesional untuk kegunaan komersial dan industri.
Dengan pengalaman operasi sebenar dalam industri cucian karpet dan fabrik, kami memahami keperluan pelanggan dari segi kecekapan, ketahanan dan kualiti hasil kerja.
Kami membekalkan rangkaian mesin serta bahan cucian yang sesuai untuk kilang cucian karpet, kontraktor pembersihan, masjid, hotel, institusi awam dan premis komersial.
Mesin Pengering Karpet – DryXpert
DryXpert ialah mesin pengering karpet jenama eksklusif keluaran Ziyad Carpet Spa, direka khas untuk kegunaan profesional dan operasi berterusan.
Ciri & kelebihan utama:
- Prestasi pengeringan yang pantas dan konsisten
- Reka bentuk lasak untuk penggunaan industri
- Penyelenggaraan yang mudah dan kos efektif
- Sokongan teknikal serta alat ganti yang berterusan
DryXpert sesuai digunakan bagi operasi berskala kecil hingga besar yang menitikberatkan produktiviti dan kualiti.
Mesin Cucian Profesional – Kärcher
Sebagai pengedar, kami membekalkan mesin cucian jenama Kärcher, peneraju global dalam peralatan pembersihan dari negara Jerman.
Setiap cadangan mesin dibuat berdasarkan keperluan operasi, skala penggunaan dan bajet pelanggan, disertakan dengan sokongan teknikal dan panduan penggunaan.
Bahan Cucian & Haruman Fabrik – AROMA
AROMA ialah jenama bahan cucian dan haruman fabrik keluaran Ziyad Carpet Spa, diformulasikan untuk kegunaan profesional.
Kelebihan AROMA:
- Haruman berkualiti tinggi dan tahan lama
- Selamat untuk pelbagai jenis fabrik
- Sesuai untuk karpet, sofa, tilam dan ruang awam
Digunakan secara meluas dalam operasi komersial dan institusi
AROMA melengkapkan proses cucian dengan hasil akhir yang bersih, segar dan profesional.
Anda Mencari Mesin Pengering Karpet, Mesin Cucian dan Bahan Cucian ?







