Pusat Cucian Karpet Profesional
ZIYAD CARPET SPA
Ziyad Carpet Spa merupakan peneraju industri cucian karpet profesional
TERBESAR di Malaysia, dengan kapasiti cucian sehingga 15,000 keping karpet setiap bulan. Kami mengoperasikan tiga (3) kilang cucian karpet strategik di Bangi, Kuala Lumpur, Senawang, Seremban dan Kempas, Johor Bahru, bagi memastikan liputan perkhidmatan yang cekap dan menyeluruh.
Memperkasa Kebersihan, Meningkatkan Standard
Kami komited menawarkan perkhidmatan cucian bertaraf profesional, dengan jaminan kualiti pembersihan yang tinggi serta jangka masa kerja yang pantas dan efisien. Operasi kami diperkukuhkan dengan sokongan teknologi daripada Kärcher, sebuah syarikat pembekal mesin pembersihan berteknologi tinggi dari Jerman yang diiktiraf di peringkat global.
ANDA SEDANG MENCARI PAKAR CUCIAN KARPET PROFESIONAL?
Kebersihan Premium, Keselesaan Maksimum
Sebagai rakan strategik yang boleh dipercayai, Ziyad Carpet Spa berusaha memastikan setiap ruang tampil bersih, selamat dan profesional — bagi menyokong imej serta produktiviti organisasi anda.
PERKHIDMATAN
Suci, Bersih dan Harum









